7 MAKANAN MENGURANGKAN STRESS

Peratusan peningkatan penyakit mental dikalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Terdapat perlbagai faktor yang mempengaruhi masalah ini terus meningkat. Antaranya tekanan kerja, pengaruh luar dan tidak lupa cara pemakana  yang tidak sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu mengurangkan masalah tekanan perasaan di samping menceriakan kehidupan seharian anda. Berikut adalah 7 MAKANAN MENGURANGKAN STRESS yang harus anda cuba.

Coklat Gelap

Coklat gelap bukan menjadi pilihan utama bagi penggemar coklat. Namun coklat gelap sangat baik bagi menurunkan tekanan. 70% jumlah kandungan koko merupkan pilihan terbaik bagi mengurangkan tekanan pada kadar segera. Ini kerana antioksidan yang terdapat pada coklat gelap membantu dinding salur darah untuk berehat serta munurunkan tekanan darah. Namun harus diingat, coklat gelap harus diambil secara sederhana kerana mengandungi kalori yang tinggi.

Lada Merah

Kaya dengan Vitamin C menjadikan lada merah antara pilihan makanan terbaik bagi mengurangkan tekanan. Selain  mudah didapati lada merah juga senang ditambah pada hidangan lain. Pengambilan lada merah boleh mengurangkan tekanan darah.

Avocado

Avocado kaya dengan vitamin B dapat membantu manusia mengurangkan tekanan kerana vitamin B sangat penting bagi meransang sel-sel saraf otak berkembang. Sel-sel saraf otak yang sihat mengurangkan tekanan pada otak. Selain itu, avocado mempunyai kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah. Sediakan avocado dalam bentuk minuman dicampur sedikit susu untuk mengurangkan tekanan.

Milk

Amalkan pengambilan susu suam sebelum tidur sangat baik bagi mengurangkan masalah kegelisahan sebelumtidur dan juga penyakit insomnia. Ini kerana susu kaya dengan antioksidan, vitamin B2 dan B12, serta protein dan kalsium. Lactium protein mempunyai kesan menenangkan dengan menurunkan tekanan darah, manakala potassium dalam susu dapat membantu melegakan spasme otot yang boleh membuat anda merasa tegang apabila tertekan.

Pistachios

Makan pistachio dapat mengurangkan tekanan dengan menurunkan tekanan darah dan kadar jantung,” kata Mangieri. “Kacang mengandungi fitonutrien utama yang boleh memberikan sokongan antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Selain itu, kajian mendapati cara memakan pistachios juga membantu anda lebih relax. Anda perlu membuka kulit sebelum dapat menikmati rasa pistachios yang sedap dan ringan dapat mengurangkan tekanan.

Salmon

Rakyat Malaysia lebih menggemari ayam sebagai sajian utama berbanding maknanan protein lain. Namun tahukah anda ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 membantu mengekalkan kortisol dan adrenalin daripada tegang apabila mengalami tekanan. Salmon adalah salah satu sumber terbaik omega-3: Pengambilan ikan salmon 3 kali seminggu sangat baik untuk mengurangkan tekanan.

Bayam

Sayuran hijau sangat baik untuk membuat anda rasa selesa. Selain senang dihidangkan, bayam mengandungi magnesium, mineral yang membantu anda kekal ceria. Letakkan bayam pada hidangan pagi anda pagi mengkalkan persaan ceria sepanjang hari.