10 JENIS BUNGA YANG BOLEH DIMAKAN

Bunga adalah sangat sinonim digunakan bagi tujuan perhiasan dan juga sebagai simbol hadiah kepada yang tersayang. Selain mempunyai warna dan perwatakan yang menarik, terdapat beberapa jenis bunga yang boleh dimakan begitu sahaja. Namun beberapa aspek perlulah diambil kira sebelum menyediakan bunga sebagai bahan makanan.

Pemilihan pemakanan bunga adalah penting kerana pemilihan bunga yang salah boleh mendatangkan mudarat. Berikut beberapa tips pemilihan bunga yang boleh dimakan.

  • Pastikan jenis bunga tersebut boleh dimakan
  • Bunga kembang secara semula jadi tanpa rawatan kimia atau diesemai segara organic
  • Tidak memetik bunga dari kawasan awan atau taman-taman bunga kerana dikuatiri telah dirawat dengan bahan kimia
  • Makan hanya kelopak, dan keluarkan pistil dan stamen sebelum makan.
  • Untuk memastikan bunga segar, letakkannya pada tuala kertas lembap dan penyejuk dalam bekas kedap udara. Ada yang akan bertahan sehingga 10 hari dengan cara ini. Air ais boleh menghidupkan semula bunga-bunga kecil.

 

BUNGA RAYA

BUNGA RAYA merupakan bunga kebangsaan Malaysia, namun ramai yang tidak mengetahui bunga raya boleh dimakan dalam pelbagai cara. Bunga raya boleh dimakan secara mentah, digunakan sebagai rempah dan kadangkala digunakan sebagai pewarna. Selain itu, kelopak bunga raya banyak digunakan untuk membuat salad dan juga perhiasan pada kek. Rasa tangkai bunga biasa diletakkan sebagai penambah perasa di dalam sup. Bunga raya dihidangkan dalam keadaan terbaik apabila dibancuh bersama teh.

 

 

 

 

LILACS

Mempunyai bau yang menawan menjadikan bunga ini sanga diminati kaum Hawa. Namum kepelbagaiaan bunga ini digunakan dalam kulinari menjadikan Lilacs sanga menarik. Lilacs digunakan unuk merawat bibir dengan mencampurkarkan ia bersama yougurt sejuk. Lilacs juga sesuai dijadikan hidangan salad dengan menambah beberapa biji cili dan campuran salad hijau.

 

 

 

 

VIOLETS

Tahukah anda daun dan bunga Violets boleh dimakan? Rasa daun yang agak pahi berbanding bunga Violets yang manis memberikan rasa seimbang bagi campuran ini. Violets banyak dikomersialkan bagi penghasilan wain. Selain itu, ainya juga sesuai dibuat jeli dan dicampurkan bersama bubur. Bunga Violes juga bagus untuk dijadikan ubat kerana membantu mendetoksifikasi dengan membersihkan hati dan sisa darah.

 

 

 

 

JASMIN

Jamine Tea tidak asing lagi bagi penggemar teh. Namus bunga ini juga boleh digunakan di dalam pelbagai kulinari kerana rasa yang manis. Namun harus diingat, hanya Jasmine Sambac sahaja boleh dimakan kerana semua jenis spesis Jasmine yang lain adalah beracun.

 

 

 

 

LAVENDER

Bunga ini kaya dengan rasa manis, sedikit citrus yang lemah, boleh menjadi tambahan hebat untuk hidangan manis. Letakkan mereka dalam segelas champagne, atas kek coklat atau sebagai hiasan untuk krim ais dan bunga-bunga ini akan meminjamkan bau misteri dan rasa yang indah bagi hidangan anda.

 

 

 

 

 

ROSE

Terdapat lebih 360 jenis spesis bunga mawar. Kebanyakkan dari bunga mawar ini boleh dimakan. Anda hanya keluarkan asas putih yang pahit.Kelopak bunga mawar yang sangat wangi boleh memberikan rasa sempurna kepada apa-apa dari pencuci mulut hingga minuman. Anda boleh makan kelopak mawar mentah dalam salad, dalam sos krim atau selepas memasak dalam sup.

 

 

 

 

 

TERATAI

Teratai hari mempunyai rasa manis dan mudah dimakan mentah. Rasa bunga ini mungkin menyerupai timun atau melon ringan. Bunga ini juga boleh dijadikan sebagai sumber Vitamin C dan karotena yang hebat. Anda boleh mendidih dan memakan ubi akar bunga teratai dan asanya sama seperti kentang.

 

 

 

 

CARNATIONS

Carnations mempunyai rasa yang unuk seakan-akan rasa pedas seperti cengkeh. Kelopaknya suseai dimasukkan dalam salad segar dicincang atau dibuat jeruk. Carnations juga boleh direbus, ditambah kepada pencuci mulut seperti kek buah-buahan, dimasak menjadi wain untuk menambah rasa pedas sesuatu hidangan.

 

 

 

 

 

HONEYSUCKLE

Seindah namanya, bunga ini mempunyai rasa manis seperti madu. Walaupun tiub bunga panjang Honeysuckle benar-benar boleh dimakan, tapi harus diinga,anda dilarang sama sekali untuk memakan buah atau mana-mana bahagian tumbuhan ini kerana ia sangat beracun. Bunga ini boleh menjadi tambahan lazat untuk salad serta pencuci mulut.

 

 

 

 

 

SQUASH BLOSSOMS

Cara menyediakan bunga ini agak rumit kerana anda perlu mengeluarkan benang-benang pada bunga ini terlebih dahulu sebelum dimasak atau dihidang mentah. Rasa licin dang ringan menjadikan bunga ini sedap untuk dimakan. Bunga ini biase dihidangkan bersama keju kambing, herba dan menjadi pelengkap makanan lain seperti burrito.

 

 

 

 

Bunga memang sinonim dengan kecantikan, warna warni dan juga haruman. Penambahan pelbagai jenis bunga dalam kulinari membantu membangkitkan rasa dan presentation. Namun harus diingat, pemilihan bunga haruslah teliti bagi mencegah kemudaratan. Sekian, terima kasih.