10 SAMBAL PALING POPULAR DI MALAYSIA

Sambal merupakan salah satu makanan paling popular di Malaysia. Bahan utama membuat sambal ialah cili. Kebanyakkan masyarakat Malaysia makan sambal hampir dalam setiap hidangan. Namun sedarkah kita, kepelbagaian sambal di Malaysia membuatkkan sambal sangat unik dan kadangkala melambangkan sesebuah negeri. Rasa pedas menambah selera si pemakan dan menghindari daripada cepat rasa muak. Pemakanan sambar juga bagus bagi menurunkan berat badan dan menyihatkan jantung. Posting kali ini ialah bagi menyenaraikan antara 10 SAMBAL PALING POPULAR DI MALAYSIA.

Sambal Kicap

Sambal kicap sangat terkenal di kalangan masyarakat negeri Johor dan jarang terdapat di negeri lain. Sambal ini sangat mudah disediakan dengan menggunakan cili dan kicap sebagai bahan utama. Sambal ini banyak dihidangkan sebagai penambah rasa atau digelar pencecah kerana seringkali dimakan bersama pisang goreng dan tempe. Ianya juga dimakan bersama sup bagi penambah rasa pedas.

Mandai Goreng

Mandai merupakan makanan yang berasal dari suku kaum Banjar yang kebanyakkan berasal dari selatan Malaysia. Berbeze dengan sambal-sambal lain yang terdapat di Malaysia, selain rasa yang tidak terlalu pedas keunikkan mandai adalah rasa masam yang tidak keterlaluan. Proses penyediaan mandai agak rumit kerana melalui proses tapai  yang agak lama. Bahan utama yang digunakan juga tidak seperti sambal lain yang menggunakan cili. Mandai memerlukan kulit buah cempedak sebagai bahan utama. Apabila telah melalui proses penapaian selengkapnya, mandai perlu digoreng sebelum dimakan. Mandai sangat sesuai dihidangkan bersama bubur nasi.

 

Sambal Asam

Sesuai dengan nama sambal ini, rasa masam merupakan keunikkan bagi sambal ini. Ikan rebus tidak lengkap jika tidak dihidangkan bersama sambal ini. Sambal asam yang mempunyai keasiddan yang agak tinggi menambah lagi rasa keenakkan ikan. Bahan utama sambal ini cili, bawang dan perahan limau.

Sambal Tempoyak

Siapa yang tidak terliur apabila membayangkan sambal tempoyak dimakan bersama-sama ulam-ulaman segar. Sangat enak dimakan bak kata orang putih “perfect combination”. Penyediaan sambal ini mengambil masa agak lama kerana durian perlu diperak terlebih dahulu. Setelah selesai diperap campuran cili membangkit rasa pedas dan manis yang sangat enak. Selain dijadikan sambal, menu ikan patin tempoyak juga sangat popular di Pahang.

 

Budu

Budu merupakan makanan yang sangat popular di Kelantan. Proses menyiapkan budu mengambil masa aak lama iatu selama 140-200 hari untuk proses penapaian. Bahan utama bagi penyediaan budu ialah ikan bilis dan garam. Biasanya budu dimakan bersama ulam-ulaman segar. Selain itu, hidangan Nasi Kerabu adalah hidangan wajib yang dihidangkan bersama budu.

 

Cincalok

Cincalok ialah sambal yang berasal dari negeri Melaka.Sambal ini banyak menggunakan udang sebagai bahan utama selain beberapa bahan-bahan lain. Udang yang biasa digunakan untuk menyediakan cincalok. Rasa cincalok yang agak masin memberikan rasa yang sedap apabila dicampir bersama cili, sedikit perahan limau dan bawang. Cincalok biasa dihidangkan bersama hidangan makanan harian oleh rakyat Malaysia.

Sambal Hitam

Pahang memang terkenal dengan sambal hitam belimbing buluh. Kombinasi yang sempurna rasa masak den pedas menjadi sambal ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Malahan sambal ini telah dikomersialkan di peringkat antarabangsa. Unik nya sambal ini ialah belimbing buluh yang semakin susah didapati. Namun sambal ini masih boleh dimakan begitu sahaja. Tapi agak kuranglah “kik” la.

Sambal Tumis

Sambal tumis banyak digunakan damalm makanan seharian. Kebiasaannya sambal tumis akan dicampur dengan bahan berasaskan protien lain seperti udang, ayam dan sebagainya. Sambal tumis lazimnya menjadi pelengkap sesebuah hidangan lain. Nasi lemak tidak lengkap tanpa sambal tumis. Begitu juga kuah dal untuk dimakan bersama roti canai. Sambal tumis menggunakan cili kering sebagai bahan utama.

 

Sambal Hijau

Sambal ini berasal dari negara jiran iaitu Indonesia atau lebih tepat berasal daripada Padang. Namun sambal ini menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia kerana terkenal dengan rasa yang sangat pedas. Menggunakan cili hijau sebagai bahan utama dan juga ikan bilis. Ade juga yang menggelar sambal ini sebagai sambal totok.

Sambal Belacan

Belacan berasal daripada campuran udang yang telah dimampatkan. Hasil campuran cili, limau kasturi, garam dan gula maka terhasil sambal belacan. Boleh dikatakan sambal belacan adalah sambal paling popular di Malaysia. Hampir setiap kedai yang menyediakan masakan Melayu menyediakan sambal ini. Personally, tanpa sambal belacan hidangan seperti tidak lengkap.

 

 

Berikut adalah 10 SAMBAL PALING POPULAR DI MALAYSIA yang menjadi pilihan. Jika ada sebarang penambahan boleh comment ruangan di bawah. Sekian, terima kasih.