TELINGA DIJADIKAN RUMAH SEEKOR LABAH-LABAH

India – Seorang wanita yang mengadu saban hari mengadu sakit kepala terlampau sehinggakan ubat tidak mendatangkan apa-apa kesan. Wanita ini mengalami detik-detik cemas apabila mendapati terdapat seekor labah-labah yang menjadikan telinganya sebagai tempat tinggal.

Wanita ini boleh merasakan ada sesuatu yang menghalang lubang telinganya tetapi buntu mendapatkan jawapan. Cubaan bagi mengeluarkan objek tersebut menggunakan jari namun sia-sia. Dia juga mendapatkan bantuan anaknya bagi memeriksa telinganya menggunakan lampu suluh namun tiada apa yang kelihatan.

Menurut The India Express, wanita yang dikenali sebagai Lekshmi ini mula mengalami sakit kepala luar biasa seteleh tidur di beranda rumah. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan Lekshmi jatuh sakit dan di bawa ke hospital di Karnataka.

Menurut Dr. Shivaswamy, dia amat terkejut apabila mendapati kerana kes seumpama ini sangat jarang berlaku. Kebiasaannya kes-kes seperti ini melibatkan benda asing seperti manik dan bukanlah seekor labah-labah hidup. Menurut Dr. Shivaswamy lagi, ia adalah sangat jarang berlaku melihat seekor labah-labah hidup bergerak di dalam telinga manusia.

Dr. Shivaswamy menyuluh dan mengerakkan bahagian telinga secara perlahan-lahan bagi memancing labah-labah itu keluar. Proses mengeluarkan labah-labah ini sempat dirakam. Ini merupakan satu rakaman yang menyeramkan apabila kilauan mata labah-labah jelas kelihatan dan perlahan-lahan merangkak keluar daripada telinga.

Lekshami menceritakan pengalaman ini sesuatu yang menakutkan. Dia jelas merasakan sesuatu objek hidup sedang bergerak menyusuri keluar dari telinganya semasa proses mengeluar objek tersebut. Tambahannya lagi, rasa sakit mencucuk berikutan dari kaki labah-labah yang tajam membuatkan keadaan semakin teruk.

Ini adalah berita yang pelik bagi seorang manusia yang dijadikan tempat tinggal seekor labah-labah. Kes ini diklasikasi sebagai ‘objek asing terperangkap di dalam telinga”.

Sumber: VIRALTHREAD